Wednesday, August 19, 2009
RENCONG
* "ba" pada hulu
* "sin" pada bahagian bawah hulu
* "mim" pada mata pisau
* "lam" pada bahagian atas mata pisau
* "ha" pada bahagian bawah sarung
Gabungkan "ba, sin, mim, lam, ha" jadilah "Bismillaah"...siapa berani lawan? Rencong memiliki tingkatan; untuk Raja atau Sultan biasanya terbuat dari gading (sarung) dan emas murni (bagian belatinya). Sedangkan rencong-rencong lainnya biasanya terbuat dari tanduk kerbau ataupun kayu sebagai sarungnya, dan kuningan atau besi putih sebagai belatinya.
p/s:dipetik dari www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/Surat_Berita_BM-rencong.html
Tuesday, August 18, 2009
Sunday, August 9, 2009
Day Of Silat
Tengah Hari,kenapa dengan tengah hari..tengah hari saya juga berada di gelanggang silat Sek Men Keb Yacoob Latif untuk ujian kenaikan aras itupun setelah diminta oleh cikgu Hisham..tetapi sebelum ujian dilakukan..cikgu hisham sedikit majlis adatistiadat menerima murid..ramai juga anak muria beliau yang menghadiri..setelah itu ujian kenaikan aras dilakukan dan perserta nya mantap,bersungguh dan bersemangat namun masih ada teknik-teknik yang kurang kemas..walaupun sepatutnya ujian di ambil minggu depan tapi perubuhan berlaku kerana ada perhimpunan wajadiri di dataran merdeka sabtu minggu depan..jadi terpaksa juga diteruskan..dan alhamdulilah semuanya lulus..
petang..dan petang diadakn raptai untuk perhimpunan wajadiri di dataran merdeka yang dikelola oleh kementerian penerangan..pada hari semalam hanya persatuan beladiri silat sahaja yang menghadiri latihan..antara persatuan yang menghadiri adalah Silat helang Putih, Silat Gayung,Silat Lincah, Cekak Hanafi,Cekak Malaysia,Silat gayung Fatani dan Gayung ATM..
kecewa juga kerana tidak dapat hadir minggu depan..kerana tugas mendidik anak2 helang putih terengganu..latihan berakhir kira2 pukul 7.30..
KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGGSAAN(2008) PULAU PINANG
BERSAMA MENJAYAKAN SMD2008 TERDIRI DARIPADA SEMUA LAKSAMANA DARI SELURUH MALAYSIA DARI KIRI CIKGU KAMARUDIN,CIKGU NORDIAN,CIKGU ISKANDAR,CIKGU AZAHARI,CIKGU DZUL,CIKGU ROZI,CIKGU HISHAM,CIKGU HAFIZ,CIKGU AZIAH,DAN CIKGU DIN GANU..
SAAT GEMBIRA BERSAMA CIKGU HISHAM DAN PASUKAN
PESERTA BERSAMA PINGAT MASING-MASING, TANIAH..
KENANGAN NIE..KERIS,PINGGAT TERIMA KASIH KEPADA KALIAN KERANA MEMBANTU SAYA UNTUK PASUKAN TERENGGANU KENANGAN BERSAMA KALIAN AKAN SAYA KENANG SELAMANYA,
MAKAN BERSAMA CIKGU ISKANDAR..NASI KANDAR PULAUPINANG MARI..
Seni Rencong Perang Helang Putih
PESILAT CILIK..PENERUS ZURIAT HELANG PUTIH
SENI KOMBAT ANTARA PELAJARAN YANG PERLU DIPELAJARI OLEH PESILAT HELANG PUTIH
TAKLIMAT DARI GURUTUA, YANG BAJU HIJAU TUE SAPER YER?
CIKGU RAHIM SEDANG MENERANGKAN KEPENGUNAAN RENCONG
APA YANG SEDANG DIBUATKAN TUE..
X SAKIT BELAKANG KER..
CIKGU ROZI DAN CIKGU HAFIZ SEDANG MENUNJUKAN DEMO PERMAIANAN RENCONG
PESERTA DARI NEGERI SEMBILAN...KEJOR YOP..SAMBIL DIADILI OLEH CIKGU NORDIAN SHAH
HUH? KENAPA KO X ELAK? HILANG GIGI DIK NANTI
DEMO OLEH CIKGU HAFIZ ANAK KEPADA GURU
p/s: gambar di ambil dari blog:http://senihelang.multiply.com/
HELANGPUTIH DI LUAR NEGARA
JOSEPH J.VANROOY
YANG KINI TELAH MEMBAWA PERSILATAN INI KE SANA
ANUGERAH SIJIL ‘GAGAH PERKASA’ DARI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG
IMBASAN GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TAHUN 1960’,70,80 AN
PADA TAHUN 1979
(MAJLIS GRADUASI)
SERAMAI 200 ORANG DI IMBI ROAD, KUALA LUMPUR
Thursday, July 23, 2009
PROFILE PENGASAS SELAKU GURU UTAMA
PROFILE PENGASAS SELAKU GURU UTAMA
Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak.
Beliau pernah aktif bersama Kementerian Kebudayaan Kuala Lumpur yang diasuh oleh Allahyarham Bapak Osama Sumanti yang dulunya dikenali sebagai Guru Tari Kuno dan Guru Persilatan (Silat Pulut).
Selain mendalami ilmu-ilmu persilatan dan kebatinan, Abdul Aziz bin Mohd Ali turut membuka matanya melihat aliran orang lain. Oleh itu beliau pernah mendalami seni Judo dan Pergerakan Kudokan Ninja perseorangan dengan Master Herakawa selama 4 tahun.
Selepas itu, beliau mendalami ilmu Taichi bersama Master Lee dan meneruskan pelajaran seni mempertahankan diri (silat) sebanyak 7 jenis. Kebolehan yang ditunjukkan itu, Abdul Aziz bin Mohd Ali telah bergelar sebagai guru dalam usia yang muda.
Setelah bapa angkatnya mangkat, pada usia 120 tahun lebih, dia diamanahkan mengembangkan silat Acheh Helang Putih ini sebagai menggantikan arwah gurunya. Setelah itu Abdul Aziz bin Mohd Ali menambah perkataan Acheh Helang Putih kepada Kegayungan Acheh Helang putih yang bererti silat ini penuh dengan kebatinan (maksud kebatinan disini adalah mengawal dari segi fizikal dan mental menggunakan segala pancaindera tubuh badan seperti mata, telinga, rasa serta pernafasan dan bukannya menggunakan bantuan makhluk halus).
KETURUNAN PENGASAS SENI SILAT KEGAYUNGAN (A)
HELANG PUTIH
- Berdarah Raja Mendeleng (Sibarora)
- Keturunan Raja Sakti
- Beliau digelar Raja Lakamana Hojak Andak
- Mewarisi "Keris Picit LangKitang Sibaitang" (Tuan Putri Terus Mata)
Tuesday, July 21, 2009
Sejarah Pertubuhan Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih Malaysia
Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih berasal dari Acheh. Menurut ceritanya anak raja yang bergelar Raja Sulung Tunggak Pahlawan dari negeri Pagar Gunung pergi berburu bersama-sama pengiringnya ke dalam hutan tebal yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer dari istana.
Ketika asyik berburu baginda telah bertemu dengan seekor burung helang putih yang sangat cantik. Helang itu telah menarik minat baginda. Di dalam hati baginda alangkah beruntungnya jika burung itu dapat ditangkap dan dijadikan burung peliharaannya. Baginda sangat tertawan dengan burung helang sehingga tidak disedarinya telah mengikuti burung itu jauh ke dalam hutan seorang diri. Tanpa menghiraukan pengiringnya baginda telah sampai ke sebuah gua yang terletak di pertengahan puncak sebuah bukit. Keadaannya sangat sunyi tetapi bagaikan ada yang mendesak hati dan menggerakkan kakinya menuju ke sebuah gua yang sederhana besarnya itu.
Helang putih terus memasuki gua batu itu dan baginda terus mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja memasuki gua itu, baginda telah dikejutkan oleh satu lembaga manusia yang duduk kaku di atas sebuah batu besar. Lembaga yang dilihat itu adalah orang pertapa yang sudah bertahun-tahun lamanya menetap di situ. Anehnya perasaan takut tidak terbit di hati baginda malah baginda asyik dengan apa yang ada di gua itu.
Akhirnya baginda terlena. Di dalam tidur yang nyenyak,baginda telah bermimpi orang pertapaan itu ialah Ratu Agung Raden Dindiar dan helang putih itu adalah daripada keluarga kayangan, anak kepada Tuan Puteri Terus Mata.
Helang putih itu asalnya ialah seorang lelaki yang perkasa dan pandai dalam ilmu persilatan, namanya Indera Sakti. Dia telah disumpah oleh ayahandanya kerana sering turun ke bumi dan berdamping dengan manusia.
Ratu Agung Raden Dindiar yang berasal dari Acheh, berketurunan Jawa, sayangnya kepada helang putih seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Dari pergerakan seekor helang, Ratu Agung Raden Dindiar dapat mendalami ilmu beladiri dengan secukupnya. Sebaik anak raja itu terjaga dari tidurnya, baginda melihat burung helang putih masih berada dalam gua tersebut. Bermula dari peristiwa itu baginda tidak pulang ke istana sehingga menamatkan perguruannya dengan Ratu Agung Raden Dindiar.
Setelah bertahun-tahun lama mempelajarinya, baginda akhirnya pulang ke istana. Baginda telah mengembangkan ilmu yang dipelajarinya. Maka berkembanglah Seni Silat Acheh Helang Puth dan menjadi satu seni beladiri yang terkenal pada masa itu. Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunya Raja Sulung Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak